Thursday, August 27, 2009

Al-Kisah Puasa.....

Assalamualaikum.... N3 kali ni nak bercerita tentang al-kisah bulan puasa yang terjadi pada diriku..... Alhamdulillah cepat masa berlalu dah 4 ari umat Islam berpuasa.... berita gembira buat diriku dalam masa 4 ari berat badanku sudah berkurangan sebanyak 5Kg... hu~hu~ bergitu drastik... xtaula macam mana boleh sebergitu pantas.... masuk hari ke 5... huh~ keadaan diri kritikal pulak jadinya... nak kata terlalu x-cited untuk kurus tidak jugak.... semalam perut ku mula meragam... ntahla kenapa.. serba tak kena dibuatnya... tapi ku tahankan juga... sehinggala hampir waktu berbuka... tibala adegan kuar masuk toilet.... cam ala-ala kena poison.... tahan juga sampaila berbuka... time berbuka tu makan sikit je.. kuatir akan sakit dihadapi.... lepas berbuka ari tu aku sepatutnya menyambung kerja.... tapi disebabkan sakit seperti bisa yang mencucuk perut... aku hanya mampu baring & berehat sahaja... sakitnya MasyaAllah..... sampai kul 9mlm sakit ni xreda-reda... sekejab-kejab bisa rasanya... sudahnya aku ambil keputusan untuk ke klinik... Alhamdulillah Dok kata hanya masuk angin.... nak kata xsahur.... semenjak puasa belom ade miss sahur lagi.... ntahla kenapa.... dari pengalaman dari hari tu... setiap kali sahur akan ku pastikan mengambil makanan yang agak berat sedikit supaya perkara yang sama xberulang... insyaAllah..... amin... (^_*)


Lovely ::

Friday, August 21, 2009

Pesanan Buat Semua.......

Assalamualaikum.. Hye semua.. bertemu kembali di N3 kali ni.... Ceh! cam pembaca berita plak... hik3... Tajuk N3 kali ni cam agak serius gakla... sebagai tanda keperihatinan kite sebagai rakyat Malayasia... lagi pun seperti selalu kite dengar or baca "Share Is Caring! " So dikesempatan ni ade artikel yang ingin ku kongsikan hasil bacaanku dari blog rakan yang lain.....Pesanan ni dibawakan dari -> seorang Doktor di Hospital Kerajaan. Semoga wabak penyakit H1N1 ni dapat diatasi dengan segera. Marilah kite sama-sama hebahkannya agar dapat dikongsi info nie bersama.

Di antara arahan Ketua Pengarah Kesihatan agar sesiapa yang sakit ke hospital segera untuk menerima rawatan.Namun, jika boleh, sebaik-baiknya cuba elakkan daripada ke hospital kerana hospital adalah pusat segala pesakit H1N1 berkumpul.Saya kasihan dengan sesetengah pesakit yang beratur berjam-jam untuk berjumpa doktor di hospital kerajaan kerana terlalu panik terkena jangkitan, sedangkan hanya terkena batuk dan selsema ringan.Padahal risiko anda semua ke hospital, terpaksa menunggu lama di hospital, bertemu secara langsung dengan pesakit yang dikhuatiri ada H1N1 meningkatkan peluang anda untuk terkena jangkitan. Datang ke hospital tiada H1N1, pulang dari hospital dengan H1N1.Kalau makhluk halus macam cerita "Jangan Pandang Belakang" itu mengikut anda pulang ke rumah, anda sorang sahaja yang dirasuk... tapi kalau makhluk halus macam H1N1 ikut anda pulang, satu kampung boleh terkena!Ada yang bawa anak melawat ke hospital untuk melawat pesakit terutama di hospital swasta (hospital kerajaan ada larangan membawa kanak-kanak). Membawa anak kecil melawat pesakit adalah membahayakan diri anak-anak. Kita tahu co-morbid yang boleh membawa kematian kepada pesakit H1N1 adalah anak berusia 5 tahun ke bawah.Jika ada keperluan melawat pesakit di hospital, sila pakai topeng muka.Nasihat saya kepada semua pembaca, kalau tidak sihat sedikit-sedikit, macam selsema ringan atau, batuk ringan tanpa demam, tidak perlulah ke hospital. Pergi klinik berdekatan dan ambil MC pun cukup. Jika bawa anak untuk tujuan vaksinasi dan sebagainya, sila pakai topeng untuk mengelakkan jangkitan.Kepada pesakit yang terkena selsema, batuk dan demam, amalkan minum air kosong yang banyak, makan buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti anggur, limau, epal dan buah-buahan kaya vitamin C yang lain. Anda juga boleh makan pil vitamin C yang boleh didapati klinik dan farmasi. Ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh menghindarkan diri daripada jangkitan selsema dan meningkatkan imunisasi anda.Rehat secukupnya, pakai topeng muka, jauhkan daripada orang lain dan amalkan kebersihan diri.Sekiranya gejala anda nampak melarat seperti sesak nafas, sakit badan semakin teruk, cirit birit dan muntah, demam tiggi yang tidak berkurangan dan lesu, jangan tunggu. Anda boleh pergi terus ke hospital kerajaan dan swasta dengan segera untuk dimasukkan ke dalam wad.

Lovely ::

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa.....

:: Bergitu pantas masa , hari, bulan & waktu berlalu... kini Ramadhan yang ditunggu - tunggu datang kembali menemui kita sebagai hambanya... Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan menemui bulan yang penuh Barakah ni.... Semoga kedatang Ramadhan kali ni membawa seribu rahmat buat kita semua... amin.... apantah lagi dalam kerisauan berdepan dengan wabak penyakit merbahaya sehingga boleh meragut nyawa sesiapa sahaja yang menjadi mangsa H1N1 yang bergitu merunsingkan... sama-samala kita meminta dari Allah semoga wabak ni dapat dihentikan dengan segera.... amin... di kesempatan ni... Inginku ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa. Maafkan salah dan silap, terkutuk, terkasar, terkecilhati dan semua ter la, harap dimaafkan dan dilupakan. Semuga ibadah puasa kali ini akan lebih baik dari tahun sebelumnya. Amin...

Lovely ::












Wednesday, August 19, 2009

WABAK H1N1....

:: Assalamualaikum.. hye all... N3 kali ni just nak share info pasal H1N1... alang-alang dah terbaca ni.. so pe salahnya kite just share info kan.. " Sharing is Caring! "

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus


Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Anda Perlu Tahu


1) Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetusla outbrake di Mexico.


2) Virologi Virus H1N1
Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.


3) Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.


4) Siapa Yang Berisiko
1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk
2. Perempuan mengandung
3. Orang yang ada asthma
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti contohnya HIV)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas .

Simptom - Simptom

Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 - Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera
Day 5 and > - Lung collapse @ kom

Langkah-langkah Kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan kumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam selewat-lewatnya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.... (*_^)






Lovely ::

Saturday, August 15, 2009

Hobi Baru...



:: Tarar!!!!... Ni la hasilnya dari hobi baru & percubaan pertamaku..... InsyaAllah akan ku jadikan salah satu produk di blog jualan ku nanti.... Memang sudah ade perancangannya.. cuma xpasti bila agaknya speed kelajuan tangan ni akan bertambah laju lagi... hik3, so kepada pelanggan setia Ellyn Store nantikan kemunculan produk handmade ku ini.... Okey!!! (^_*)



Lovely ::


Tuesday, August 11, 2009

AlErGiK & BeNgKaK


:: Ari ni dalam sejarah... hik3.. xdela sejarah apa sangat pun nak story untuk N3 kali ni.... just nak share pengalaman sehari berbengkang gara-gara alergik.... tapi kali ni xpastila alergik kenapa... selalunya alergik sebab makan panadol yg tablet biasa tu... semalam rasa xsedap badan cam nak demam... memandangkan sekarang ni gejala wabak H1N1 amat-amat merisaukan, so lebih baik merawat daripada berlakukan.....kata orang " Sediakan Payung Sebelum Hujan!" so sebelum tido makanla ubat tahan sakit.... tiba-tiba bangun tido waktu pagi bawah mata sebelah kiri bengkak.... risau jugakla memula tu... sebab tak pernah sebelum ni bawah mata bengkak... yang biasa kena bila alergik ni bibir membengkak jela.... lepas dalam sejam dah reda bengkak bawah mata disusuli dengan bibir pulak yang mula membengkak... maka bertambah-tambah la risau dihati ni.... biarkan dalam 3jam barula surut bengkaknya... sebab tak tahu apa puncanya alergik... so lepas lunch tengah hari.... masih ambil tablet ubat tahan sakit yang sama... tub-tub nak pi keja jari-jemari & tangan sebelah kanan pulak membengkak..... bila di comparekan dengan sebelah tangan lagi mau tergelak... sebab besar & rasa kembang sebelah... he3... so jom jamu mata dikala bibir & jari-jemariku mengembang! Enjoy!.... WaTcA!!!





* seksi x cam bibir Angelina Jolie? hu~hu~





* huh! seram tengok jari - jemari yang kembang bergini.....



Lovely ::

Saturday, August 8, 2009

Pc Fair.....



:: Cite pasal Pc Fair... ramai betul manusia berpusu-pusu.... tapi kerisauan tentang H1N1 tetap ade.... wabak penyakit yang sedang hangat diperkatakan kini... untuk mengatasi masalah terkena virus H1N1 langkah berjaga-jaga perlu dititik beratkan juga.... " Mencegah lebih baik Dari Merawat!" xgitu?... Masa pergi Pc Fair kat Mahkota Prade ari tu kena la pakai mask ni... walaupun xberapa gemar sebenarnya... rimas yang amat rasanya.. mungkin sebab xbiasa kot... tapi nak wat camna.... pakai jela sebagai langkah berjaga-jagakan... dalam hati ade jugala terdetik ade baiknya juga kalau guna Furdah / Niqa'ab(Insya'Allah 1 masa nanti)....he3.... ada juga segelintir orang memperlekeh bila lihat sebahagian pengunjung menggunakan mask ni... tapi pada aku.. biarla apa pun diaorang nak kata.... yang penting kesihatan diri kita sendiri kena jaga.... Tiada apa kepentingan untuk diriku pun pergi ke PC Fair kali ni.... cuma tolong belikan pendrive untuk adeq & sekadar jalan-jalan..... so ni jela yang aku beli untuk Pc Fair kali ni.... Jumpa lagi dilain N3.... InsyaAllah....





Lovely ::

Thursday, August 6, 2009

Hobi Baru....



:: N3 kali ni nak story kegilaanku dalam kraf jahitan.... ntahla kenapa semenjak tiga dua menjak ni.... tangan aku ni semakin gatal nak menjahit.... so baru ni aku merembatla beberapa helai kain felt , bersama butang ( leh gile aku duk layan pattern butang dari blog penjual2 ni..) dan riben pelbagai pattern sebagai hobi terbaruku... sempat juga dalam ati ni berkata... lepas ni leh la kumpul pelbagai jenis pattern butang & riben... sebab teruja dengan perlbagai warna-warni & bentuk yang bergitu menarik perhatianku... tapi tu pun kalau berkesempatan satu masa nantila... he3 Sebelum ni memang xpernah pun sentuh kain felt ni... kirenya pertama kalila nak mencuba ni... tapi pe pun seronokla sebab dapat buat sesuatu yang baru..... Nanti dah ade hasil hobi terbaruku ini aku tepekkan disini ye.... jumpa lagi dilain siaran.... InsyaAllah..... (^_*)


Lovely ::



Tuesday, August 4, 2009

Buttercup Bag

:: Hye All.... N3 kali ni bukan nak cite pasal Buttercup Cake... tapi Buttercup Bag... bunyinya macam lucu bile difikir-fikir... tapi bile dah menjadi hasilnya.. alhamdulillah... seronok sangat... (*_^) Demi memenuhi janjiku yang lepas... di n3 kali ni aku pamerkan hasil kerja tangan yang xseberapa ni... amatur la katakan.... niat hati nak mencuba buat satu je... sebab rasa seronok yang mendorong maka bertambahla 2 lagi untuk dijadikan giveaway & dah diserahkan kepada tuan yang punya.... Hope dia sukala kan..... so kepada kalian yang berminat ingin mencuba buat sendiri, disini dilampirkan sekali tutorialnya..... so Selamat Mencuba!!!



Luvly ::