Tuesday, December 22, 2009
Sedih & Pilu...
Sunday, December 20, 2009
Cerita Kedai Kopi.....
:: Jika Entri2 sebelum ni sibuk mengaktifkan diri join macam2 giveaway... so ari ni tukar mood plak ar cite pasal kesibukkan diri yang sememangnya xdela sibuk sangat.... (*_^)
:: Alhamdulillah hari ni baru ade sedikit kelapangan untuk mencoret serba sedikit tentang kegiatan yang diriku lakukan sejak sekian lama xmencoret.... apa yang disibukkan adalah order dari kenalan terdekat... hari ni baru boleh melepakkan diri berblonging....setelah semua order disiapkan & dihantar ke tuan empunya... Alhamdulillah semuanya dah selamat sampai pagi tadi & mereka berpuas hati.... Bile customer Happy!... so kite yang membuatnya lagila happykan walaupun xde la bagus sangat apa yang kite buat... Yang penting ade rasa syukur coz dapat buat orang happy!.... So jom kite usha2 antara pic order yang sempat diriku snap.... yang xsempat snap tu mahap jela ye...
SEW RETRO CHIC GIVEAWAY
:: Assalamualaikum... Hye semua!!... Kali ni ade give away dari Sew Retro Chic!
Menarik & cantik sungguh kain2 diatas tu... Kalau menang sure best! (*_^) Saya suka melihat hasil kraft dari tuan punya blog ni iaitu Kak Zura.... antaranya seperti bag dibawah ni ->
:: Kalau bertuah & menang bolehla cuba-cuba buat bag cam kat atas ni... "Memang De Bomp!" Gitu... So kepada sesiapa yang nak join tu silala usha2 di sini -> Sew Retro Chic!
Mana tahu ade Luck! so Selamat Mencuba!!! (*_^)
Friday, December 18, 2009
Horey!!!!
Thursday, December 17, 2009
"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"
Seperti kisah Thomas Addison, beliau merupakan seorang yang terkenal diserata pelusuk dunia kerana telah berjaya mencipta dan menghasilkan lampu yang kita gunakan dari dulu sehingga ke hari ini. Bukan sesuatu yang mudah untuk mereka cipta sesuatu, bergitu juga dengan beliau. Telah banyak kali beliau gagal dalam percubaan dan penyelidikkan dalam menghasilkan lampu. Beliau tidak berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba sehinggalah berjaya dan terkenal hingga ke hari ini.
Dari kisah tadi kite boleh ambil pengajaran dari pelbagai sudut dan aspek. Kite boleh mengaplikasikan kisah tadi dalam kehidupan seharian kita juga. Setiap apa yang kita rancangkan belum pasti ianya akan berjaya hanya dengan sekali percubaan sahaja, jika gagal sekali pun ianya tidak bermakna kita akan gagal buat selamanya. Dari satu sudut lain jika diaplikasikan gagal juga boleh menjadikan satu pengajaran atau pengalaman dan guru yang terbaik dalam kehidupan. Kerana dengan adanya kegagalan mampu membuatkan kita bangkit untuk meraih kejayaan selepas itu.... siapa tahu " Untung sabut timbul, untung batu tengelam ". Jadi kita perlu belajar & aplikasikan slogan ini " Hidup Berani Untuk Gagal".
:: Entri kali ini daku buat semata-mata untuk join contest yang dianjurkan oleh denaihati.
Kepada sesiapa yang nak dapat RM500 percuma, baik join contest ni, ada juga hadiah sampingan yang semuanya berupa wang tunai. Memang puas ati dan "berbaloi-baloi!"
:: Contest " Hidup Berani Untuk Gagal" ni aku dapat selepas baca entri dari blog Aku X-PO
kite mestilah bersiap sedia untuk menghadapi gagal pada bila-bila masa sahaja. Aku saje join contest ni... mana tau ade 'LUCK'!
:: Kalau korang nak tahu syarat-syarat & hadiah contest ni ,
sila klik sini untuk keterangan lanjut (*_^) -> DENAIHATI
& Perhatian! untuk bahagian referal tolong letak namaku wokey! "Letak jangan xletak!"
:: Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.
Salam Ma'al Hijrah.....
:: Sedar tak sedar esok kite akan berada ditahun baru dalam bulan islam.. iaitu 1 Muharram 1431... esok kite akan berhijrah ketahun yang baru, dengan azam yang baru juga mungkin... semoga tahun lepas yang penuh dengan kisah suka & duka bersama pengalaman lepas menjadi pengajaran dan landasan untuk terus menempuhi hari-hari yang mendatang... InsyaAllah...
:: disini ade sedikit artikel yang inginku kongsikan bersama kalian yang ku ambil dari posting salah seorang blogger...
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan ‘Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Sempena akhir tahun hijrah pada petang 17 Disember 2009 (30 Zulhijjah 1430), kita dianjurkan supaya berdoa pada waktu asar. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib. Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.
DOA AKHIR TAHUN
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.DOA AWAL TAHUN
Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Semoga kita semua beroleh keredhaan & keberkatan-Nya..Insya'Allah... amin... (*_^)
Lovely :
Giveaway from ZilaKasim Quilt Shop
:: So peluang dah ade.. pe lagi layanzzz je ar... bertuah / tidak itu cite no 2.... just suka-suka.. (*_^)
:: Give away kali ni dari Kak Zila... saya suka lihat hasil kerja kraf beliau yang sungguh kreatif & sweet sangat... Dibawah ni keratan posting dari blog ZilaKasim...
:: Cuba baca note dari Kak Zila tu btul-btul... Btul-betul menarik bukan!!!...so rugila kalau xjoin or terlepas.. pe tunggu lagi... Jom ramai-ramai kite terjah blog ZilaKasim .....
Lovely :
Tuesday, December 15, 2009
First Giveaway From KhairunKraf
Sungguh menarik "De Bomp!" gitu.. so kepada semua jomla ramai-ramai kite pakat-pakat join give away ni k! caranye mudah je.. untuk keterangan lanjut klik sini!
Hadiahnya ialah Car Signage..bukan gambar-gambar yang kat atas tu ye..Contoh car signage, please refer entry Khairunkraf sebelum nih wokey!..
Hadiah untuk dua orang je..Sape la yang bertuah tu kan..
Tarikh Tamat giveaway ni : 31 January 2010..
So pe tunggu lagi... Jom2 kite meriahkan give away dari "Khairunkraf" (*_^)
Friday, December 11, 2009
'Sweet Treat' Giveaway
Thursday, December 10, 2009
Giveaway By Tiny Tini
Jom ramai-ramai kite terjah give away ni sebelum 13/12/09, mari kite meriahkan first give away Tiny Tini... caranye mudah je klik kat sini k!
Lovely :