Thursday, December 17, 2009

"HIDUP BERANI UNTUK GAGAL"


Hidup ni tidak semudah yang kite rancangkan sebenarnya.....seperti bait-bait lirik lagu yang didendangkan Awie ni.. "Kita hanya merancang, tapi tuhan menentukan... tak perlu dikisahkan...." semuanya telah tertulis sejak Azali lagi... Jatuh dan bangun sudah menjadi asam garam dan lumrah dalam kehidupan.... sebab itu jugakla kite perlu renung-renungkan ayat "HIDUP BERANI UNTUK GAGAL" Terlalu mendalam maknanye.... adakah kita mampu & sanggup berdepan dengan Kegagalan? Orang selalu kata "Gagal sekali tidak bermakna gagal buat selama-lamanya"....

Seperti kisah Thomas Addison, beliau merupakan seorang yang terkenal diserata pelusuk dunia kerana telah berjaya mencipta dan menghasilkan lampu yang kita gunakan dari dulu sehingga ke hari ini. Bukan sesuatu yang mudah untuk mereka cipta sesuatu, bergitu juga dengan beliau. Telah banyak kali beliau gagal dalam percubaan dan penyelidikkan dalam menghasilkan lampu. Beliau tidak berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba sehinggalah berjaya dan terkenal hingga ke hari ini.

Dari kisah tadi kite boleh ambil pengajaran dari pelbagai sudut dan aspek. Kite boleh mengaplikasikan kisah tadi dalam kehidupan seharian kita juga. Setiap apa yang kita rancangkan belum pasti ianya akan berjaya hanya dengan sekali percubaan sahaja, jika gagal sekali pun ianya tidak bermakna kita akan gagal buat selamanya. Dari satu sudut lain jika diaplikasikan gagal juga boleh menjadikan satu pengajaran atau pengalaman dan guru yang terbaik dalam kehidupan. Kerana dengan adanya kegagalan mampu membuatkan kita bangkit untuk meraih kejayaan selepas itu.... siapa tahu " Untung sabut timbul, untung batu tengelam ". Jadi kita perlu belajar & aplikasikan slogan ini " Hidup Berani Untuk Gagal".

:: Entri kali ini daku buat semata-mata untuk join contest yang dianjurkan oleh denaihati.
Kepada sesiapa yang nak dapat RM500 percuma, baik join contest ni, ada juga hadiah sampingan yang semuanya berupa wang tunai. Memang puas ati dan "berbaloi-baloi!"

:: Contest " Hidup Berani Untuk Gagal" ni aku dapat selepas baca entri dari blog Aku X-PO
kite mestilah bersiap sedia untuk menghadapi gagal pada bila-bila masa sahaja. Aku saje join contest ni... mana tau ade 'LUCK'!

:: Kalau korang nak tahu syarat-syarat & hadiah contest ni ,
sila klik sini untuk keterangan lanjut (*_^) -> DENAIHATI
& Perhatian! untuk bahagian referal tolong letak namaku wokey! "Letak jangan xletak!"

::
Contest ini berjaya dianjurkan atas sokongan sponsor yang bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare.


Lovely :

4 comments:

  1. Terima kasih kongsi ILMU semuga ianya akan memberi motivasi kepada yang membaca. Tahniah kerana berani sahut cabaran Berani Gagal. Blog ni peserta ke 109.

    ReplyDelete
  2. :: Denaihati :: Tq sbb sudi lawat kemari juga...(*_^)

    ReplyDelete
  3. Owah, setakat ini ramai yang buat artikel HIDUP BERANI GAGAL menceritakan pasal Thomas Edision :-)

    Takpa janji Ellyn HIDUP BERANI UNTUK GAGAL sertai contest ini.. :-)

    Jom2x jalan2x ushar2x blog kenkwan y join contest ini. Leh r berkenal-kenalan dengan rakan-rakan blogger baru. :-)

    AJ dah follow Ellyn kat Google Followers. :D

    Erm jika Ellyn nak tau keputusan semasa tuk contest ini leh lah layari
    http://wawwi.com/hidup-berani-untuk-gagal/keputusan-cabaran-hidup-berani-untuk-gagal

    Selamat berkenalan dari AJ :-)

    ReplyDelete
  4. :: Aj :: Salam kenalan juga.. tq sbb sudi drop here.. (*_^) ok 6t kite jalan2 kat blog2 lain ye.. :)

    ReplyDelete