Monday, November 23, 2009

Melepaskan Hajat.....

:: Hajat??? Apakah hajat anda?? keh3... Hajat hati ku... sejak seminggu lalu nak sangat makan Ikan Bawal masak sweet sour... cam mengidamla plak.... padahal bulan lepas baru je p makan kat Restoren area Umbai..... tapi ntahla.. rasa macam xpuas hati pulak... dah la mahal.. tp rasa cam ampes.... so dek kerana keteriginan tekakku ini.... pagi tadi pergi kedai runcit.. terpandang pulak cik Bawal ni... so belila 2ekor untuk mkn sendirian berhad je... bukan ramai pun kan... so pe lagi duk search resepi kat tenet ni.... alhamdulillah dapat gak lepaskan hajat hati & tekakku ini... to k.Liza tocey sebab sudi berkongsi resepi di alam maya ni..... ni la ikan Bawal sweet sour yang dapat aku masak dengan jayanya..... kalau rajin bolehla cuba buat sendiri..... Dilampirkan sekali resepi yang ku search dari k.Liza (*_^)




Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak
Cara Memasak
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

No comments:

Post a Comment